Thursday, September 25, 2014

AidiJuma SaLe AidiLadhA 2014


Cantik tak keluaran terbaru Bawal Aidijuma ni?? Kalau korang nak tau ni adalah keluaran sempena kedatangan Aidiladha tak lama lagi.

Mesti korang tak sabar-sabar kan nak dapatkan tudung terbaru yang sangat-sangat "gojes" ni. Ada 9 corak terbaru kesemuanya iaitu 'Green Flower' , 'Brown Flower' , 'Vintage Black Flower' , 'Purple Flower' , 'Flower Curve Grey' , 'Rainbow Flower' , 'Peach Flower' , 'Pink Modern Flower'  dan 'Mushroom Owl'.


Mesti korang teruja bila dengar nama-nama corak 'flower' ni kan. Apatah lagi bila korang dapat tengok sendiri corak tudung terbaru ni nanti. Mesti korang tak lena tidur selagi tak dapat beli. Jangan sampai terbawa-bawa dalam mimpi korang pulak ye.  

Salah satu corak dikatakan 'hot' dan wajib ada ialah corak 'Vintage Black Flower' yang macam pic kat sebelah kiri ni. 

Untuk makluman semua pihak Aidijuma dah umumkan yang keluaran terbaru mereka akan mula dijual pada 27 September 2014 ni di semua 'Concept Store' dan kiosk di seluruh Malaysia.

Kalau nak tau terdapat 15 buah  'cs' dan 4 buah kiosk yang beroperasi di seluruh negara. Terbaru adalah cawangan di Arau, Seremban dan Bandar Baru Uda. 

Nak tau dengan lebih lanjut boleh klik di link ni
 http://www.aidijuma.com/index.php?route=information/information&information_id=15

Harga pengenalan untuk tudung 'Black Label' ini ialah RM33.00 sehelai dan pembelian terhad kepada 2 helai sahaja untuk setiap corak.

Kalau korang tak berkesempatan untuk pergi ke 'cs' atau kiosk jangan risau sebab korang juga boleh buat pembelian secara online menerusi laman sesawang Aidijuma Online Store iaitu www.aidijuma.com 

Pembelian online ni pun ada 'limit' juga tau iaitu hanya terhad kepada sehelai sahaja untuk setiap corak.  

So, peminat-peminat tegar bawal Aidijuma jangan lepaskan peluang pada 27 September 2014 @ Sabtu ni kita ramai-ramai serang 'cs' dan kiosk Aidijuma.

Harap-harap korang semua dapat 'grab' corak yang korang berkenan nanti. Lepas ni bole la korang melaram dengan tudung baru. Korang yang suka 'selfie' tu boleh la post dalam group 'Jom selfie with Aidijuma' nanti.

Di sini juga saya nak ingatkan kepada korang yang akan pergi ke 'cs' atau kiosk nanti supaya dapat jaga tingkah laku sebagai seorang muslimah. Maksud saya jangan berebut-rebut sewaktu membeli atau pentingkan diri sendiri.

'Happy Shopping' to all ladies .......

0 comments:

Post a Comment